Monday, September 17, 2007

Semangat Merdeka masih lagi hangat membara...

Walaupun sambutan perayaan Merdeka sudah lama berlalu (dah beberapa hari lalu dah!), semangat Merdeka masih lagi hangat membara dalam hatiku. Oleh itu, saudara-saudari blogger sekalian, izinkan saya untuk mendeklamasikan sebuah syair yang telah saya ciptakan bertahun-tahun lalu (sememangnya ini ciptaan saya pada 22hb. Februari 1998, jadinya, jangan tiru, ya!). Akan saya paparkannya di sini demi menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-50. "KERANAMU MALAYSIA" Syairnya berbunyi sedemikian:


Malaysia makmur aman dan damai,
Negara indah cantiklah permai,
Nasionalisme sudahlah disemai,
Dalam jiwa rakyat yang ramai.

Alhamdulilah syukur nikmat,
Malaysia maju rakyat selamat,
Semoga Malaysia dilimpah rahmat,
Biar sampai hari kiamat.

Lawan menyerang pahlawan tak gentar,
Demi Malaysia tanah tercinta,
Semangat kental tidak terkata,
Dalam jiwa pahlawan berjuta.

Amalkanlah semangat patriotik,
Dalam hati biarlah berputik,
Semaikanlah setiap detik,
Tunjukkanlah semangat autentik.

Yakinlah kita ekonomi pulih,
Langkah yang bijak kerajaan pilih,
Kejayaan ekonomi kita meraih,
Tunjukkan bahawa Malaysia boleh!

Satu bangsa, satu visi,
Kita melangkah zaman informasi,
Kemajuan MSC suatu misi,
Kebolehan Malaysia jangan disangsi.

Inilah Malaysia negaraku gagah,
Di bawah lindungan awan dan mega,
Nama Malaysia tetap kujaga,
Walau berkorban jiwa dan raga.

Akhirnya juga Malaysia merdeka,
Setelah melalui suka dan duka,
Malaysia berjaya kita berbangga,
Malaysia makmur rakyat pun suka.


Ya, begitulah deklamasi syair saya. Nampaknya, memang betul patriotik saya ini, menulis syair sedemikian rupanya. Buat blogger-blogger yang tak faham Bahasa Malaysia (bukan lagi Bahasa Melayu, ya!), tulislah satu dua komen kepada saya dan dengan sukacitanya akan saya terjemahkan blog saya ini dalam Bahasa Inggeris kepada saudara-saudari blogger sekalian.



SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-50, MALAYSIA!

Ada apa-apa komen, sila ajukan kepada saya, ya. Jangan malu-malu, ya!

4 comments:

Melvin Mah said...

Lu manyak manyak patriotik nampaknya...hohoho~

David The Man said...

Memamg gua manyak patriotik lo... itu sebab gua tuli itu syair mah... lu leh?

William said...

Alhamdulilah syukur nikmat,
Malaysia maju rakyat selamat,
Semoga Malaysia dilimpah rahmat,
Biar sampai hari kiamat.

OMG. I loved this. Used to sing it a lot because RTM loved to use it as a filler.

David The Man said...

Hahaha... me too... I often remember the lyrics when I listened to this back when I was a young boy...